Terdesak mahu hadiah hari lahir, lelaki ini sanggup jalin hubungan intim dengan 35 wanita

DEMI mengisi kesunyian hidup, banyak perkara yang sanggup dilakukan oleh manusia supaya dapat memenuhi kekosongan dalam hidup.

Sama seperti lelaki berasal daripada Jepun, Takashi Miyagawa berusia 39 tahun telah didakwa menjalani hubungan intim dengan 35 wanita bagi tujuan mendapatkan hadiah hari lahir sebanyak mungkin.

Menurut laporan The Tokyo Reporter, Takashi sanggup menipu seramai 35 orang wanita kerana ingin mempunyai hadiah yang banyak!

Tarikh lahir sebenar Miyagawa adalah pada 13 November dan dia bekerja sebagai pekerja sambilan di wilayah Kansai, Jepun.

Antara cara yang dilakukan olehnya kepada wanita yang telah menjadi mangsa dengan memberitahu setiap teman wanitanya hari kelahiran palsu bagi menerima hadiah sepanjang tahun.

Menurut polis, dia turut menerima wang tunai berjumlah 100 ribu yen (RM 3,800) daripada tiga wanita. Kegiatannya didedahkan pada Februari apabila mangsa mengenali antara satu sama lain dan turut membuat laporan polis terhadapnya.

Bagaimana mereka mengenali sesama sendiri masih menjadi tanda tanya dan pihak polis percaya Miyagawa bertemu kesemua mangsa melalui skim MLM berkenaan peralatan bilik mandi, lapor The Tokyo Reporter.

Sumber: Awani