“Periksa kemaluan pelajar untuk tahu datang haid adalah hal tidak wajar” – Mufti

SEBAGAI umat Islam, tidak dinafikan mendidik anak untuk solat dari kecil merupakan satu kewajipan. Ibu bapa atau guru juga turut memainkan peranan bagi memastikan mereka menyempurnakan solat lima waktu.

Baru-baru ini, tular kisah tentang pengalaman pelajar wanita di sesetengah sekolah yang menhadapi gangguan seksual. Perkara ini berlaku apabila ada segelintir guru yang bertindak untuk memeriksa bahagian kemaluan pelajar perempuan ketika mereka datang haid.

Tindakan tidak wajar ini mendapat pelbagai pendapat dan ramai yang bersetuju bahawa ia merupakan hal yang melampaui batas. Hal ini juga dilihat kurang sopan kerana setiap orang mempunyai maruah diri yang perlu dijaga dan dihormati orang lain, termasuk hak untuk menutup bahagian sulit supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Gambar sekadar hiasan

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kepada Malaysiakini, “agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat”.

Selain itu, “Islam sememangnya mewajibkan ibu bapa untuk mendidik anak supaya solat sehinggakan mereka mempunyai hak untuk memukul secara lembut”, jelasnya.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata Islam sememangnya mewajibkan setiap penganutnya mendirikan solat lima waktu tetapi ia tidak bererti ia membenarkan kanak-kanak diperlakukan sedemikian rupa.

Pemeriksaan yang melibatkan sentuhan fizikal di bahagian sulit pelajar perempuan bagi membuktikan bahawa pelajar perempuan tersebut benar-benar datang haid dan tidak ponteng sesi waktu solat. NGO berkaitan hak wanita All Women’s Action Society (Awam), Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (Women:girls) dan Sisters In Islam (SIS) dalam kenyataan bersama mengecam tindakan pihak sekolah berasrama tersebut.

Mufti tersebut juga mengatakan bahawa terdapat pelbagai cara lagi untuk mendapatkan kepastian sama ada pelajar itu benar-benar datang bulan.

Sumber : Malaysiakini, Says Seismik