VIDEO – Myvi buat hal lagi, bayi tercampak di tengah jalan kerana berlumba

CUKUP mendebarkan untuk melihat seorang bayi di tengah-tengah jalan raya selepas tercampak keluar dari keretanya akibat kemalangan.

 

Budak jatuh dari kereta

Lock pintu kereta,peringatan untuk semua ibu/bapa.

Posted by Qariah Kampung Lombong S29SA on Monday, February 10, 2020

Kejadian yang berlaku semalam sempat dirakam dash cam kereta yang berhenti dihadapan bayi perempuan berusia dua tahun itu.

Difahamkan kereta ibu bapa bayi itu mengelak kereta Myvi yang ketika itu sedang berlumba di Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang (arah utara) dekat Rembau, petang semalam.

Bayi yang ketika itu berada di dalam kereta tercampak keluar apabila Kereta Honda Civic keluarganya itu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang bergerak di lorong tengah.

Bagaimanapun bayi itu bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan selain turut dihantar Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu warganet rata-ratanya turut mengecam tindakan pemandu Myvi yang dikatakan berlumba diatas jalan raya selain Berharap agar pemandu Myvi itu dapat dikesan.