Home Hiburan Lagu ‘Haruman Terindah’ Ciptaan Encik Mimpi Viral, “Please Comeback” – Netizen

Lagu ‘Haruman Terindah’ Ciptaan Encik Mimpi Viral, “Please Comeback” – Netizen

 

Siapa sangka lagu yang tular di media sosial, Haruman Terindah nyanyian Lokman Naufal merupakan lagu ciptaan penyanyi yang sudah lama menghilang, Encik Mimpi.

Menerusi satu video di aplikasi Tiktok, Encik Mimpi membuat persembahan menyanyikan lagu Haruman Terindah di Shah Alam pada tahun 2017. Ternyata peminat teruja dan terkejut apabila mengetahui lagu tersebut dicipta oleh penyanyi lagu Rindukanlah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mahukan Encik Mimpi membuat comeback memandangkan kali terakhir Encik Mimpi mengeluarkan single adalah pada tahun 2017.

 

@ubaidahamir Patutlah liriknya meruntun jiwa #harumanterindah #lokmannaufal #encikmimpi #mbsanusi ♬ Haruman Terindah oleh Encik Mimpi – ubaidahamir

“Lama tak dengar khabar Encik Mimpi

“Sumpah minat gila dengan Encik Mimpi, the man with mask

“Lagu dia sedap-sedap. Kenapa hilang? Apa sebab dia tak nak buka topeng?,” antara komen netizen.

Ramai juga yang teringin melihat wajah sebenar Encik Mimpi dan mengharapkan agar Encik Mimpi bakal keluar dengan lagu terbarunya.