Awal pagi ini kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah mengakibatkan dua pemandu lori maut.
Dua mangsa yang maut merupakan pemandu lori muatan gula dan lori muatan barangan logam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Sabtu.
Menurut laporan Sinar Harian, keadaan aliran trafik di Plaza Tol Simpang Pulai sesak dengan kenderaan keluar dari lebuh raya susulan nahas membabitkan tujuh kenderaan.
Keadaan aliran trafik masih sesak dan kenderaan tidak bergerak hampir lima jam disebabkan kedua-dua laluan dari arah selatan dan utara terhalang disebabkan kemalangan tersebut.