KOOL Tersingkir Minggu Keempat – GV6

Sumber Foto : Astro Gempak

Serba tidak kena persembahan dua anggota KOOL, Hairi dan Riot pada program Gegar Vaganza malam tadi. Malah ketua juri Datuk Ramli Ms turut memberitahu ketiadaan keharmonian suara dua penyanyi itu sebagai punca Kool tersingkir pada minggu keempat konsert.

Jelas Ramli cara penyampaian yang agak bersepah selain tiada kemerduaan juga menjadi penyumbang kepada penyingkiran kumpulan ini semalam.

Melodi lagu itu sangat senang dan nada suara, kemerduan itu tidak ada dan bila harmoni pun, ia agak bersepah.” 

KOOL sendiri tidak mengumpul markah yang cukup untuk berada dalam kelompok ke minggu hadapan. Bukan berpunca dari pasangan duetnya, Farawahida. Tiada ada kena mengena memandangkan pasangan duet ini hanya menyampaikan lagu secara standart,” katanya.

Sementara itu, Hairi dan Riot ketika ditemui sejurus selesai konsert mengakui rasa kecewa apabila KOOL diumumkan sebagai peserta yang mengumpul markah terendah minggu ini. Malah mereka juga yakin sudah memberikan yang terbaik untuk konsert ini.

GV sebenarnya banyak membantu kembali karier nyanyian kami.” 

Selain membina dan memberi semangat sebagai, kami lebih yakin untuk muncul selepas ini,” katanya.

Meneruskan perjuangan mereka dalam bidang ini kongsi Hairi, KOOL juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Ingat. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, lagu ini juga adalah hasil duet dengan penyanyi Zizi Kirana.