“Who are you?” – Nabila Huda

Nabila Huda berselfie dengan Husky

Ternyata teguran yang dibuat pencetus ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak terhadap Nabila Huda yang bergambar bersama seekor serigala dalam baka Husky Siberia tidak disenangi pelakon itu.

Berkongsi kenyataan yang dibuat melalui Instagram sebentar tadi Nabila menyelar tindakan PU Syed selain menyifatkan teguran itu tidak sepatutnya dibuat memandangkan seperti mengundang fitnah ke atas dirinya.

Jelas Nabila juga, PU Syed tidak seharusnya menyibuk selain yakin tindakannya itu dibuat atas kapasiti dirinya yang mahu berkongsi momen dalam ruangan peribadi.

Itu Instagram saya suka hatilah saya nak buat apa. Benci betul nak bagi teguran, hello mak bapa aku pun tak tegur.

Who are you nak tegur, faham tak. Saya ada ibu bapa saya ada suami, dorang okay je tak tulis pun di media sosial,” katanya dalam video yang berdurasi selama enam minit itu.

Bagaimanapun Nabila yang memang dikenali sebagai antara artis yang lantang bersuara turut menerima sokongan daripada pengikutnya. Malah ada ada yang bersetuju dengan pilihan Nabila untuk menyuarakan perkara ini.