Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Kini IG Pelakon Tersebut Dipadam

Kecoh sejak semalam penularan video lucah mirip pelakon popular Zul Ariffin di laman sosial Twitter.

Malah ketika peminat berteka-teki mengenai kesahihan video tersebut, pelakon filem Sangkar, sendiri sudah memadamkan laman Instagram miliknya.

Sebelum menutup Instagram, Zul dihujani dengan komen yang ditinggalkan peminat bertanyakan sama ada pelakon tersebut merupakan individu di dalam video yang tersebar.

Sementara itu Video berdurasi selama 45 menyaksikan individu mirip pelakon berkenaan sedang berinteraksi dengan seseorang dalam keadaan tanpa seurat benang di atas katil.