Mangsa Banjir Di Kota Tinggi Kekal

Keadaan banjir melibatkan jumlah mangsa banjir kekal seramai 717 orang daripada 182 keluarga di daerah Kota Tinggi setakat 8 jam pagi ini.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon dalam satu kenyataan berkata semua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota; Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai; SK Teluk Ramunia; Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Dewan Seri Teratai Batu 4.

Kemudian, Seramai 69 mangsa daripada 14 keluarga berada di SJKC New Kota; 24 mangsa daripada lapan keluarga di SK Mawai; 46 orang daripada 13 keluarga (SK Teluk Ramunia): 526 mangsa daripada 133 keluarga di Kolej Vokasional Kota Tinggi dan 52 mangsa daripada 14 keluarga di Dewan Seri Teratai Batu 4.

Turut difahamkan, Seorang lelaki berusia 46 tahun mati lemas selepas dipercayai terjatuh dari jeti di Kampung Baru Mawai, di sini Kota Tinggi semalam.

Mangsa yang bernama Mustaffa Ali, lemas dipercayai terjatuh dari jeti sebelum ditemui orang ramai. Selepas sejam kemudian mayat mangsa ditemui dan dibawa oleh keluarga menuju ke balai polis berhampiran.