Citarasa remaja bakal ditemukan dengan KL International Youth Festival

Berita menggembirakan buat para remaja terutama di ibu kota bahawa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal menganjurkan acara KL International Youth Festival yang bakal berlangsung 14 Disember (Sabtu) di Dataran Medan Rasa.

Turut menampilkan di acara kemuncak, yang ditunggu-tunggu persembahan selebriti dari Ras Muhamad, Bittersweet, Ryotjones, Banyak Bunyi Republik, Diplomat of Drum. Malah, pelbagai acara seperti persembahan muzik, seni grafiti, x-games hinggalah E-sport dan sebagainya sepanjang acara berlangsung.

Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Harun berkata, festival ini dijalankan hanya sehari untuk membuka ruang bagi golongan remaja mempelbagaikan lagi minat mereka.

“Sebagai langkah awal, KL International Urban Youth Festival berlangsung dengan skala sederhana dan kami menampilkan aktivis seni Negara berhampiran dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Insya Allah, kami akan luaskan lagi acara penglibatan penyertaan dan menjadikan objektif kami antara produk pelancongan bagi ibu kota,” ujarnya.

Sementara itu, Ras juga merupakan Duta Reggae Indonesia yang baru sahaja dilantik turut meluahkan rasa teruja mengadakan persembahan yang bakal berlangsung.

“Salam silaturahim buat Malaysia, saya harap penglibatan saya dalam acara ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan kita dan melahirkan rasa hormat antara satu sama lain,” katanya.

Muhamad Egar atau nama pentasnya Ras Muhamad, 37, merupakan penyanyi Reggae Indonesia. Lantas merangkul anugerah ‘Best Reggae Composition’ dalam Anugerah Musik Indonesia (AMI) pada 2008.

Namun, Indie band Bittersweet turut mengajak peminat mereka untuk hadir ke persembahan yang bakal berlangsung itu.

“Bagi mereka yang merindui Bittersweet,
Jemputlah hadir ke persembahan saya di Dataran Medan Pasar Sabtu ini. Inilah platform terbaik untuk anda merehatkan minda setelah seminggu penat bekerja,” Ujar Fizan, Vokalis Bittersweet.

Bittersweet adalah band yang tampil membawa irama kedengaran seakan kumpulan muzik lagenda Britain, Oasis, The Stone Roses dan The Beatles.
Band yang popular dengan lagu Capital E itu pernah beraksi di pentas luar negara seperti di Jakarta, Bandung, Singapura dan India.

Kini, kumpulan ini hanya dianggotai Fizan (Vokalis) dan Herri yang juga anggota asal Bittersweet.

Bagaimanapun, Atur cara festival ini dimulakan dengan pelancaran majlis pada pukul sembilan pagi dan berakhir dengan persembahan Ras Muhamad lingkungan 11 malam.