“Cik Lala” ditahan polis, anjur rumah terbuka Aidilfitri saji tarian pondan separuh bogel

“Cik Lala” ditahan polis, anjur rumah terbuka Aidilfitri saji tarian pondan separuh bogel

PENGANJUR satu majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dikenali sebagai Cik Lala direman selama tiga hari bermula 29 Mei selepas menghidangkan tarian separuh bogel oleh beberapa penari lelaki menyerupai wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada 27 Mei lalu di Central Walk I-City, Shah Alam sekitar jam 8 hingga 11.30 malam.

Menurut Mohd Iqbal, penganjur juga dikatakan telah membakar bunga api sehingga menjejaskan beberapa unit kediaman lain.


Laporan polis yang dibuat berikutan pengadu yang bimbang imej I-City sebagai kawasan hab pelancongan bakal terjejas dengan aktiviti berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, penganjur telah menyewa lokasi tersebut dengan bayaran sebanyak RM4,000 bagi penganjuran majlis terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan.

Siasatan juga turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.