Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Tak Jadi Bercerai, Tidak Capai Persetujuan Semasa Perbincangan

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini dikejutkan dengan keputusan pengarah filem ‘Mat Kilau’ Syamsul Yusof untuk tidak melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Memetik laporan Sinar Harian, semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.

Akberdin berkata, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian, namun mereka tidak mencapai persetujuan.

“Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP),” katanya.

Sumber & Gambar : Sinar Harian