Shah Rukh Khan murung selepas anak ditahan terlibat kes dadah

PELAKON Bolywood terkemuka, Shah Rukh Khan ketika ini dikatakan dalam keadaan murung selepas mendapati anaknya, Aryan Khan yang ditahan selepas didapati terlibat sindiket dadah antarabangsa.

Menurut laporan media antarabangsa, situasi itu turut menyebabkan selebriti itu kini tidak lalu makan selain berasa kecewa dengan apa yang menimpa anaknya.

“Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu,” katanya menerusi laporan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa telah berjaya merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Bintang bolywood itu malah bertambah tertekan apabila proses untuk ikan jamin anaknya ditolak malah anak lelakinya itu dihantar ke Penjara Arthur.

Pada Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah.