Noor Nabila Didakwa jalin hubungan dengan Engku Emran, Sharnaaz ‘no komen’

PELAKON Sharnaaz Ahmad tegaskan tidak mahu mengulas lanjut kononnya bekas isterinya Noor Nabila Mohd Noor jalin hubungan cinta dengan Engku Emran.

Dia menjelaskan enggan mahu masuk campur urusan Nabila kerana ia adalah urusan peribadi Nabila dan dia tiada hak untuk memberi apa-apa ulasan mengenai perkara itu, lapor Gempak.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Noor Nabila didakwa bertunang dengan Engku Emran yang merupakan bekas suami kepada Erra Fazira dan Laudya Chintya Bella.

Terdapat juga gambar tersebar di satu carian Forum kelihatan kelibat Engku Emran berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama seroang ustaz yang disertai ahli keluarga yang lain. 

Sumber: Gempak