Datuk Seri Siti Nurhaliza dedah alah hamil anak kedua, tak boleh bau minyak

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui proses hamil anak kedua berbeza berbanding hamilkan anak sulungnya Affiyah.

Katanya, dia masih alami alahan walaupun usia kandungan sudah mencecah lebih enam bulan.

“Alahan yang saya alami kali ini ialah jarang masuk ke dapur kerana tak boleh bau minyak bawang goreng.

“Selain itu, saya juga cepat penat dan kurang bermaya menyebabkan saya kurang aktif melakukan beberapa perkara.

“Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kandungan saya sihat termasuk diri saya, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar,” katanya dalam sidang media secara maya.

Siti dijangka bakal lahirkan anaknya yang kedua April ini.

Selepas 11 tahun bernikah dengan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, pasangan ini dikurniakan anak perempuan Siti Affiyah yang kini berusia dua tahun.