Apa nasib Anak Shah Rukh Khan hari ini?

NASIB anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan bakal diketahui hari ini berhubung proses ikat jaminnya berkaitan kes dadah.

Difahamkan, mahkamah yang sama akan menjalankan prosiding bagi mengetahui apakah nasib pemuda berusia 23 tahun itu sama ada memperoleh ikat jamin atau sebaliknya.

Ketika ini, dia dikatakan masih berada di bawah tahanan selepas diberkas Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lalu.

Pada 20 Oktober lalu, permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan telah ditolak oleh Mahkamah Khas sebelum pihak peguambela memohon kepada Mahkamah Tinggi Bombay bagi mendengar rayuan memohon jaminan.

Aryan Khan kini ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant.

Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.

Mereka ditahan NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta rupee.