Minah Saleh tak pakai ‘mask’, mengamuk tak dapat masuk butik

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang cuba mendapatkan maklumat ‘minah saleh’ yang mengamuk di pusat beli belah KLCC kerana tidak dibenarkan masuk akibat enggan memakai pelitup muka.

Perkara itu juga dimaklumkan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsiannya di Twitter.

“When in Rome do as the Romans do.

“Apabila berada di Malaysia, sila pakai pelitup muka. Tidak kisahlah undang-undang di tempat lain.

“KKM Putrajaya sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak KLCC,” katanya hari ini.

Ciapan Khairy.

Insiden itu tular menyaksikan wanita warga asing itu memarahi salah seorang petugas butik akibat larangan memasuki premis tersebut.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat pujian netizen apabila petugas itu bersifat tegas dalam memastikan soal pematuhan SOP.

Pelitup muka merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dikenakan apabila berada di luar rumah, dan undang-undang itu terpakai untuk semua penduduk Malaysia.