Utama Hiburan Kontroversi

Aidit Noh sangkal jadi punca masalah rumah tangga Nadia Brian, suami.

1852

PELAKON Aidit Noh akhirnya membuka mulut menjawab desas-desus dakwaan menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga yang dihadapi aktres Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin.

Berkata kepada portal Utusan, Aidit atau nama sebenarnya Ahmad Aidt Noh, menegaskan dia Nadia hanya rakan biasa dalam industri hiburan tanah air.

“Saya tak kacau isteri orang. Saya hanya buat kerja. Ini lumrah dunia seni, kami berlakon sahaja,” jelasnya.

Aidit sangkal dakwaan jadi punca pergolakan rumah tangga Nadia Brian dan suami.



 Aidit, 27, juga berkata dia enggan melayan tuduhan liar yang tersebut dek kerana mereka digandingkan dalam drama berjudul Sweetie Nanie.

“Saya tak tahu apa-apa. Itu masalah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya.

“Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau rampas isteri sesiapa,” katanya kepada Utusan.

Perkongsian Muizz yang mencetuskan tanda tanya netizen.


Pelakon yang pernah membintangi drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini dikatakan kini berada di hospital selepas menjalani pembedahan paru-paru berair minggu lalu.

Nama aidit mula disebut-sebut sebagai individu ketiga yang muncul dalam rumah tangga Nadia Brian selepas suaminya memuat naik satu gambar dengan tanda pagar ANvsNB.

Sumber: Utusan