Tersedar Anak Tertinggal di R&R Selepas Dihubungi Nombor Tak Dikenali

 

Tular sebuah video di media sosial di mana pasangan suami isteri baru tersedar anak mereka tertinggal di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) selepas dihubungi nombor yang tidak dikenali.

Dalam video yang tular di Facebook, ibu kepada kanak-kanak tersebut dilihat menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Menerusi panggilan tersebut indvidu berkenaan memberitahu bahawa mereka tertinggal anak mereka di R&R.

Cemas dan terkejut, wanita berkenaan melihat ke tempat duduk belakang dan baru menyedari ketiadaan anak mereka di dalam kereta.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut selamat dan dibantu oleh pekerja hentian berkenaan.