Kongsi Video Pertunangan, Atikah Suhaimie Bakal Akhiri Zaman Bujang Minggu Depan

Pelakon Atikah Suhaime berkongsi video pertunangannya dengan jejaka pilihan hatinya, Lokman Teh yang merupakan CEO Zaitun di Instagram.

Atikah juga mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada minggu hadapan.

Majlis pertunangan tersebut dibuat secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Rata-rata rakan-rakan selebriti dan peminat teruja dan gembira dengan pengumuman yang dibuat pelakon itu.