Pemandu Myvi Cucuk Rapat, Warga Emas Maut

 

Gara-gara cara pemanduan yang melulu dan mengekori terlalu rapat menyebabkan seorang warga emas maut dalam sebuah kemalangan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah semalam.

Warga emas, Yahya Mohd Talip, 70, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketika kejadian, mangsa memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menuju ke Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Kereta Myvi yang dipandu oleh lelaki berusia 31 dan membawa tiga orang penumpang berusia 19 hingga 24 tahun mengekori rapat kereta mangsa hingga melanggar bahagian belakang kereta menyebabkan kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

Pemandu Myvi dan ketiga-tiga penumpang dilaporkan selamat.

Sumber : Kosmo