Kuala Lumpur Masuk Senarai Bandar Paling Sesak di Dunia, London Tempat Pertama

Alah bisa tegal biasa.

Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan untuk rakyat Malaysia yang berhadapan dengan kesesakan jalan raya setiap hari di bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mungkin rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega kerana kesesakan jalan raya di Malaysia adalah ditempat ke 169 daripada 387 bandar di 55 negara menurut TomtTom Traffic Index edisi ke-13.

Bandar yang mempunyai kesesakan terburuk di dunia adalah London di mana pemandu di bandar itu menghabiskan masa kira-kira 37 minit hanya untuk pemanduan sejauh 10 kilometer setiap hari ketika waktu puncak.

Di tangga kedua trafik paling sesak di dunia adalah Dublin (Ireland), diikuti Toronto (Kanada) dan Milan (Itali).

India, Filipina, Indonesia, Jepun dan Perancis berada di kelompok 30 negara paling sesak di dunia.