Komplikasi Buah Pinggang, Hamdan Senario Ditidurkan

Salah seorang anggota kumpulan Senario, Hamdan, 54, kini ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang.

Hamdan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana komplikasi daripada kegagalan buah pinggang tahap tiga.

Perkara itu dimaklumkan keluarganya menerusi satu perkongsi di Whatsapp seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

“Hamdan Senario ditidurkan kerana komplikasi kegagalan buah pinggang tahap tiga.

“Mohon kawan-kawan doakan, moga Hamdan sembuh seperti sediakala,” katanya.