“Kaya Next Level” – Suami Intan Najuwa Sewa 2 Trak Penuh Kuda di New Zealand

Peminat dan netizen teruja melihat perkongsian pelakon Intan Najuwa di media social Ketika ini yang sedang bercuti di New Zealand bersama suami.

Menerusi ruangan di Instagram story, Intan berkongsi momen suaminya menyewa dua buah trak yang dipenuhi kuda. Kuda itu disewa untuk aktiviti menunggang kuda dan juga bermain polo di tepi pantai.

“My husband got us 2 trucks of horses just for ride and play polo by the beach

“This is insane but amazing,” kongsinya

Intan juga berkongsi aktivit percutian mereka di sana dengan peminat di Tiktok. Rata-rata netizen teruja dan tumpang Bahagia dengan kehidupan yang dimiliknya.

 

 

 

 

 

“Bestnya kaya unlimited. Saya selalu dapat data internet unlimited je

“You’re living in everyone girls dream

“Saya tak cemburu tapi saya suka tengok video awal, rasa bahagia” komen netizen

Intan Najuwa bernikah dengan ahli perniagaan Datuk Azraf Azman pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast.