Ibu Zayn Rayyan Izinkan Orang Ramai Ziarahi Kubur Arwah

Ibu kepada arwah adik Zayn Rayyan Abdul Matiin memberi keizinan kepada orang ramai untuk menziarahi pusara anaknya yang meninggal dunia akibat dibunuh pada 6 Disember lalu.

Menurut Ismanira Abdul Manaf, 28, ramai orang yang menyatakan Hasrat mereka untuk menziarahi kubur Zayn yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

“Ramai yang bertanya pada saya, ramai yang minta izin nak datang ziarah pusara Zayn.

“Boleh, saya izinkan, asalkan tidak buat perkara yang tidak sepatutnya. Boleh ke nombor kubur 6608.

“Saya okey saja, terima kasih banyak-banyak pada semua sebab selalu ambil berat dan peduli tentang Zayn, dari awal kehilangannya sampai sekarang masih lagi setia ambil peduli.

“Syukur, alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Zayn Rayyan meninggal dunia sehari selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember di Kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai

Sumber : Awani