Hanya 2 Hari Pakaian Seragam Sekolah, Garis Panduan Baharu

 

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan yang bakal bermula Mac ini.

Dua hari pakai pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum.

Itulah garis panduan baharu yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan yang telah diumumkan oleh menterinya, Fadhlina Sidek Perkara ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM, sebentar tadi.

Surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.