Kena siasat SPRM 23 jam, Shuib akui bantu siasatan kes AMLA.

USAHAWAN selebriti, Shuib mengakui dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam kes AMLA (Anti-Money Laundering).

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 36, menjelaskan perkara itu melalui perkongsiannya di Instagram pada Jumaat.

“Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA (Anti-Money Laundering).

“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik kepada saya sepanjang 23 jam siasatan.

Perkongsian Siti Sarah di Instagram.



Shuib, 36, juga menganggap siasatan ini sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan yang diceburinya.

Malah dia yakin pasti ada yang lebih baik bakal tiba selepas episod getir ini berlalu.

“Saya anggap ini satu cabaran, dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan Bubble Bee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang.

U pray for the rain, you have to deal with the mud also,” tulis Shuib.

Terdahulu, Shuib dan isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah dilaporkan dijemput di kediaman mereka oleh pihak SPRM sekitar pukul 4 pagi Khamis bagi membantu siasatan dalam kes terbabit.