Kek kahwin tergantung Zahirah dan Aiman dapat perhatian antarabangsa

“Bukan biasa-biasa” nampaknya kisah kek terbalik di majlis perkahwinan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza baru-baru ini. Ternyata keunikkan kek berbentuk seperti Chandelier telah menarik perhatian ramai bukan sahaja masyarakat Malaysia tetapi juga dunia.

Ini dibuktikan dengan perkongsian Zahirah semalam yang teruja untuk mengetahui kek perkahwinannya itu turut menjadi berita dibeberapa portal berita dunia.

Menurut Zahirah, selain media tempatan, artikel mengenai kek perkahwinannya itu turut disiarkan di Fox News, China Press serta beberapa negara lain antaranya Sepanyol, China dan banyak lagi.

“Kek kami mendapat perhatian media antarabangsa! Suami saya ada menghantar beberapa foto screenshot beberapa artikel yang menulis tentang kek perkahwinan kami.

https://www.foxnews.com/food-drink/chandelier-inspired-wedding-cake-descends-ceiling-at-lavish-reception-malaysian-celebrities

“Kek kami telah masuk Fox News, China Press, India, Russia, Sepanyol, Jepun dan banyak lagi!” tulis Zahirah kegembiraan.

Zahirah dan Aiman dinikahkan oleh bapa kandung Zahirah sendiri pada 20 Februari 2020 di Glam Hall, Damansara.