Isteri peserta program Da’i ditahan polis

913
Polis menahan seorang wanita yang merupakan isteri kepada juara program realiti TV, Da’i atas tuduhan menipu seorang pelanggannya. 
 
Mangsa telah membuat laporan polis pada Oktober 2019 yang membawa kepada penangkapan wanita berusia 40 tahun itu di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam. 
 
Difahamkan, mangsa berurusan dengan isteri Da’i berkenaan pada tahun 2017 berkaitan dengan janji menguruskan sijil halal JAKIM dan sijil KKM bagi produk jamu. 
 
Untuk itu, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM11,000 kepada isteri Da’i itu tetapi sehingga tahun 2019, tiada sebarang usaha yang dilakukan. 
 
Merasakan diri ditipu, mangsa membuat laporan polis. 
 
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek. 
 
Sumber – Harian Metro
credit – Therepoter
Baca juga:   Kanak-kanak Disyaki Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia