“Aku Dah Bahagia, Mestilah Gemuk” – Puteri Sarah Liyana

Tidak seperti wanita lain yang mungkin melenting apabila ditegur soal berat badan, Puteri Sarah Liyana kelihatan tenang dan tidak melatah apabila ditegur netizen mengenai dirinya yang makin berisi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok, Sarah ketika itu ditegur dirinya sudah berisi dan mempunyai ‘double chin’. Tak mengambil atau melenting Sarah pantas berseloroh mengiyakan yang dirinya semakin berisi kerana sudah bahagia.

“Eh iyalah. Aku dah happy, aku dah Bahagia. Mestilah dah gemuk

“Ada ke tengok orang happy kurus?

“Orang yang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia mesti berisi,” ujarnya.

Terdahulu Sarah menjelaskan hubungannya dengan usahawan Indonesia, Andi Arsyil Rahman hanyalah sekadar rakan perniagaan.