Ibu Roslan Shah meninggal dunia

Ibu kepada pelakon dan pengacara Roslan Shah, iaitu Mariam Kari,79, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Singapura petang tadi.

Berkongsi berita sedih ini melalui laman Instagram, Roslan berkata dia kini masih dalam perjalanan pulang memandangkan berada di Malaysia kini.

Meminta agar peminatnya mendoakan arwah ibunya, Roslan dalam kapsyen yang dimuat naik turut sedih kerana berada di luar negara ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir.

“Emak, Lan sayang mak. Ibu tercinta Cik Lan meninggal jam 7 malam di rumah blok 727 Tampines Street 71 #02-03.

“Cik Lan sudah dalam perjalanan di Ayer Keroh, kepada anda semua sedekahkan Alfatihah,”tulisnya.

Sementara itu pada Oktober lalu Roslan memberitahu ibunya disahkan menghidap kanser perut tahap empat dan mempunyai tempoh kurang setahun untuk hidup.