Jual Barang Peribadi Termasuk Kereta, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM 75,000 Untuk Bayar Tuntutan Saman

Hasil menjual barangan peribadi, Ali Puteh berjaya mengumpul wang berjumlah RM 75, 000.

Wang berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya iaitu tuntutan saman yang dibuat oleh balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.

“Siap! Terima kasih atas doa, terima kasih semua rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

“Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah cukup RM 75,000,” katanya.

Ali Puteh bukan sahaja menjual kereta Honda Accord miliknya, tetapi turut menjual motor RXZ serta beberapa trofi kemenangannya.

Beberapa video dimuak naik menerusi Tiktok pojie.pidon memaparkan Ali Puteh menjual barangan peribadinya itu.

“Honda Accord sold. Terima kasih hamba Allah ni dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan. Moga ada rezeki lain,” tulis kapsyen pada salah satu video.

Isterinya, Melati Fitri kelihatan sebak semasa kereta tersebut dijual dan Ali menenangkannya.

 

@pojie.pidon Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan💪🏽 Moga ada rezeki lain 🤲🏻 @aliputeh @🌸 i am MeL 🌸 #sold #hondaaccord #honda ♬ bunyi asal – hilang