Jaket Elvis Presley Dilelong £128,000 Di Britain

Foto : Berita Harian / The Times

LONDON – Jaket buatan khas yang dipakai mendiang bintang legenda, Elvis Presley ketika tahun terakhir hidupnya, dijual pada harga lebih £100,000 dalam satu acara lelongan di Britain, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pakaian itu dibeli pada harga £128,000 oleh seorang pengumpul dari Amerika Syarikat (AS) dalam lelongan di Henry Aldridge & Son di Devizes, Wiltshire.

Presley memberikan jaket kulit dan bulu mink itu kepada abang tunangnya, Ginger Alden, sebelum meninggal dunia pada 1977.

Ia disertakan dengan surat ketulenan daripada Rosemary Alden Starkey yang juga adik Ginger Alden. – BERNAMA