2 Kapal Karam Di Luar Pulau Lampedusa, Itali : 2 Mayat Ditemui, 30 Dilaporkan Hilang

Foto : Berita Harian

ROME – Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang, awal pagi tadi, selepas dua kapal karam di luar Pulau Lampedusa di Itali.

Pengawal Pantai berjaya menyelamatkan 57 pendatang dan menemukan dua mayat membabitkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak, lapor agensi berita Itali ANSA.

Bot pertama didakwa membawa 48 penumpang, dengan 45 daripadanya berjaya diselamatkan dan tiga lagi gagal dikesan.

Bot kedua pula dikatakan membawa 42 penumpang dari Afrika Sub-Sahara, dengan 14 daripadanya berjaya diselamatkan. – BERNAMA