“Ini Untuk Mempertahankan Diri Dan Untuk Mengelakkan Fitnah. Tiada Niat Buka Aib Sesiapa” – Sam Bunkface

Penyanyi Sam Bunkface atau nama sebenar Shamsul Annuar Mohd Baharom tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan dia mengabaikan nafkah dan jagaan anak lelakinya, Maleeq.

Memetik laporan Xtra, Sam atau nama lengkapnya Shamsul Annuar Mohd Baharom menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab selepas bercerai dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin menerusi satu rakaman video.

“This is me trying to defense myself, mempertahankan diri untuk mengelakkan fitnah dan sangka buruk terhadap diri saya dan keluarga. Tiada niat buka aib sesiapa.

“Saya tak pernah langsung abaikan tanggungjawab. Saya tak pernah tak bayar nafkah anak sebulan pun. Siap bayar lebih.

“Saya menjaga Maleeq selama 2 minggu dan mak Maleeq juga jaga 2 minggu setiap bulan. Dia minta saya bayar RM1,300 untuk sebulan. Masa saya pohon pindaan ini di mahkamah dua tahun lepas. Mahkamah tetapkan secara sama rata. Dia jaga 2 minggu dan sama juga saya,” jelasnya dalam video tersebut.

Sam menjelaskan perkara ini susulan Aida tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat Sam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, sebelum ini.

Tambah Sam, dia mempersoalkan permintaan bekas isterinya itu dalam kos urusan nafkah yang mencecah RM1,300 sebulan.

“Dia minta saya bayar RM1,300 untuk dia jaga Maleeq 2 minggu tak termasuk kos untuk saya jaga Maleeq 2 minggu lagi. Logik tak kalau saya pohon pindaan ini ketika PKP di mana punca pendapatan saya sangat terhad.

“Biarpun tanggungjawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih laksana tanggungjawab saya sebagai ayah dan menjaga Maleeq 2 minggu tanpa gagal. Nafkah juga tetap dibayar setiap bulan.

“Kos saya jaga Maleeq lebuh kurang RM250 setiap 2 minggu yang saya jaga dia. Kenapa dia jaga sampai RM1,300?,” dedah Sam.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Bunkface ini turut mempersoalkan kenyataan Aida yang menilai punca pendapatannya berdasarkan penilaian di media sosial.

“Saya tak pernah tunjuk kesusahan atau kesenangan di media sosial. Kenapa kena nilai melalui media sosial?

“Semua bukti mengenai ketidakmampuan saya untuk teruskan membayar nafkah ini saya dah serahkan kepada mahkamah dan Aida sendiri dah sedia maklum,” katanya.

Malah, Sam turut memberitahu kali terkahir dia berjumpa dengan anak lelakinya itu adalah 3 bulan lepas bukan 5 atau 6 bulan seperti yang didakwa Aida.

Sam turut mengakui terdapat halangan seperti Aida meninggalkan Maleeq di Melaka bersama neneknya, sedangkan Aida bekerja di Kuala Lumpur.

“Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada 19 Disember 2022. Apa yang 5 hingga 6 bulan? Baru 3 bulan.

“Memang ada halangan, Aida tinggal Maleeq di Melaka dari Julai 2022 tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Sebulan lebih juga saya tanya dia ‘Maleeq kat mana’ dan dia jawab ‘talk to my lawyer’.

“Sebulan selepas itu baru dia beritahu. Masalahnya Aida bekerja di Kuala Lumpur. Jadi siapa yang jaga Maleeq di Melaka? Rupanya nenek dia yang jaga. Dia tak jaga pun anak dia tapi nafkah masih beriya minta tinggi.

“Saya masih berusaha untuk pergi ke Melaka. Aida tak tahu pun setiap kali saya ambil Maleeq. Dia tak ada pun, saya berurusan dengan nenek Maleeq sahaja.

Untuk rekod, Sam dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan berpisah pada Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq yang kini berumur 6 tahun.

Gambar : Buzzkini | Sumber : Xtra