Cinta Farah Nabilah milik Amirul

Tidak pernah berkongsi kisah cintanya, akhirnya pelakon Farah Nabilah, 27, membuat pengumuman bakal bernikah pada 20 Disember ini.

Memilih jejaka berusia 28 tahun yang juga seorang juruterbang kata Farah kepada Harian Metro juga dia mengenali Mohammed Amirul Yunus melalui rakan baiknya Izara Aishah.

Menjelaskan sikap berahsianya, kata Farah lagi sejak berada dalam industri lakonan lagi dia lebih senang untuk memastikan karienya diberi penekanan dahulu. Malah ini juga dalam menghormati keputusan keluarganya yang tidak mahu dia terlalu bercerita kisah peribadinya kepada umum.

Apapun tahniah daripada kami di TheNews.com.my. Buat Farah dan pasangannya.