Harris Annuar masih tenang dan mohon maaf selepas terima ugutan santau

TIDAK dinafikan dalam kehidupan kita, pasti akan dikelilingi dengan manusia yang hadir dengan pelbagai ragam. Ada yang suka dan tumpang gembira apabila kita berjaya, namun ada juga sebaliknya dek kerana cemburu melihat kebahagiaan yang kita kecapi.

Mungkin itu juga menjadi sebahagian ujian yang menimpa pelakon Harris Annuar apabila mendedahkan dirinya telah menerima satu ugutan!

Lebih membimbangkan, ia bukanlah satu ugutan biasa kerana ia merupakan ugutan berupa santau serta ugutan dibomohkan.

Namun, Harris dilihat masih tenang dan tidak menyerang kembali individu tidak dikenalinya itu.

Dalam pada itu, Harris juga dilihat mengenakan tag terhadap Instagram rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mungkin ugutan ini akan dilaporkan ke balai polis.

Sementara itu, ramai warganet yang mendoakan kesejahteraan Harris dan meminta agar dia tidak melayan orang seperti itu sebab ia hanya membuatkan seseorang tertekan tanpa sebab sahaja. 

Selain itu, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut kerana menggunakan nama Allah dalam melakukan perbuatan syirik terkutuk. Apa pun, semoga Harris sentiasa selamat dalam lindungan tuhan dan diharap pihak sepatutnya mengambil tindakan kepada lelaki berniat jahat itu.