“Geng Subuh Macam Jumaat”- Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin Puji Alif Satar

Kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakan pelakon dan pengacara Alif Satar semakin mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan peminat bahkan rakan-rakan selebriti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Alif melakukan inisiatif mengajak umat Islam di negara ini untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat sejak November tahun lalu. Ianya tidak berakhir di majis apabila Alif turut mengajak jemaah untuk sama-sama berjoging beramai-ramai.

Kempen itu juga menarik perhatian Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin yang turut memuji Alif menerusi satu video yang dimuanaik di Youtube.

“Kalau boleh kita rakamkan penghargaan pada malam ini kita ucap tahniah padas eorang artis ni saudara Muhammad Alif bin Mohd Satar.

“Dia telah gerakkan satu kempen program untuk anak muda dipanggil Geng Subuh Macam Jumaat.

“Bagus. Dia ajak orang dalam Instagram ke Tiktok ke apa dia ajak orang datang sembahyang Subuh,” ucapnya ketika memberi ceramah sempena Karnival Cintakan Masjid 2024