Dua Beradik Lelaki Hilang Sejak Isnin

 

Dua beradik lelaki berusia 15 dan 16 tahun dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak Isnin

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, Wan Azfar Fitri Wan Azhar dan adiknya Wan Azfar Zikri kali terakhir dilihat di rumah mereka selepas pulang daripada menunaikan solat subuh di surau.

“Pakaian terakhir mereka ialah berbaju warna tidak pasti dan berseluar trek warna gelap, kehilangan remaja berkenaan disedari oleh ibu bapa mereka pada 6.30 pagi Isnin lalu apabila mendapati mereka tiada di rumah.

“Difahamkan mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa selepas pulang dari surau,” katanya kepada Bernama malam ini.

Laporan polis dibuat oleh kedua ibu bapa mereka keesokannya pada jam 9.19 pagi (Selasa)

Bagaimanapun, dua remaja terbabit tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana disimpan oleh ibu mereka dan tidak mempunyai telefon bimbit,.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi ibu bapa remaja itu menerusi talian 01133772289 dan 01111335305 atau pegawai penyiasat 0135547435.

Sumber : Harian Metro