“Saya Berjanji Saat Akad Nikah Dilafazkan” – Isteri Hilang Ingatan Sudah Berkahwin, Lelaki Ini Tetap Setia

Sepasang suami isteri mendapat perhatian di Tiktok kerana kesetiaan seorang suami menjaga dan menguruskan isterinya yang hilang daya ingatan selepas otaknya dijangkiti kuman pada Jun 2022.

Menurut Asdina Ariffin, 32, isteri tersayang Noor Syamimi Rohim, 33, sebelum kejadian merupakan seorang yang sentiasa aktif dan jarang sakit. Namun segalanya berubah selepas isterinya dijangkiti kuman pada bahagian otak.

Perkara yang membuatkan hati seorang suami remuk apabila daya ingatan isterinya hanya pada kenangan 2018 di mana isterinya menyangka yang dia masih belum berkahwin dengan Asdina seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

@asdinaarffin Hilang semua memori perkahwinan kami … #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xybca #angel #bidadarisyurga #life #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #husbandwife ♬ оригинальный звук – 🕊️Anyalove❤️

“Apabila saya cakap kami sudah berkahwin, dia cakap belum lagi dan perasaan itu memang sedih terutama ketika mula-mula dia tak ingat saya sebagai suaminya. Ketika itu hati belum betul-betul reda menerima ujian ini,” katanya.

“Saya bukan saja berjanji dengan isteri yang mahu sentiasa bersama di saat susah dan senang tetapi turut berjanji pada keluarganya dan Allah SWT saat akad nikah dilafazkan. Jadi saya akan cuba menjaganya dengan baik selagi ada daya.

Kesetiaan Asdina yang sentiasa di sisi isteri, menjaga dan menguruskannya mendapat pujian daripada kalangan netizen.

“Terus terang bukan saya tengok kuatnya wanita yang berjuang, tapi kuatnya dan hebatnya suami yang menjaga, mengurus. Rezeki Syamimi dapat suami baik macam tu.

“Tak semua suami faham dan mampu untuk jaga “Syurga” mereka. Tahniah bang! Saya doakan segala doa abang makbul dan dikurniakan syurga buat abang dengan Kak Syamimi.

“Ujian dia sakit, tapi bonus dia suami baik. Allah bagi sesuatu bersebab dan ada hikmah,” antara komen netizen di ruangan komen pada video Asdina dan isteri.

Tambah Asdina lagi, selagi ada daya dia akan menguruskan isterinya. Namun, perkara yang paling ditakuti sebagai suami sekiranya dia ‘pergi’ dahulu Ketika Syamimi masih belum sihat dan mengharapkan agar isterinya sihat seperti dulu.

 

@asdinaarffin Bukan berniat minta simpati , tapi aku nak korang jadikan contoh kekuatan dan semangat SYAMIMI berjuang untuk kehidupan dia 🫡 #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xyzbca #angel #bidadarisyurga #life #host #dj ♬ suara asli – rasvibess