Allahyarham Beirut Pakbara ,anggota SEAL Tentera Laut Diraja Thailand meninggal dunia selepas 18 bulan menderita jangkitan kuman.

Kejadian 12 pemain bola sepak remaja Thailand yang terperangkap didalam Gua di daerah Chiang Rai pada Jun tahun lepas kekal menjadi antara sejarah penting di negara jiran tersebut.

Dalam kejadian itu 12 remaja yang berusia diantara 11 hingga 16 bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun pada mulanya memasuki gua Tham Luang-Khun Nam Nang Non tersebut untuk melawat namun dalam tempoh yang singkat air hujan yang masuk ke dalam gua tersebut menyebabkan mereka terperangkap.

Terkini selepas hampir 18 bulan kejadian itu berlaku seorang lagi anggota penyelamat dari anggota pasukan khusus Tentera Laut Diraja Thailand meninggal dunia

Difahamkan Bintara Muda Beirut Pakbara terkena jangkitan kuman melalui darahnya ketika membantu misi menyelamatkan mangsa didalam Gua Tham Luang, Chiang Rai.

Berasal dari Satun, jenazah Beirut selamat dikebumikan di Masjid Talosai pada Jumaat lalu.

Sementara itu Allahyarham juga akan dinaikan pangkat ke Liutenant dan menerima sebanyak RM 63 ribu dari tabung tentera.

Kematian Pakbara menjadikannya anggota tentera kedua yang meninggal dunia terlibat dalam misi berkenaan selepas veteran pasukan khusus yang sama, Lieutenant Komander Saman Gunan, 37, maut dalam operasi ulang bekal tabung oksigen selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam salah satu laluan gua yang berair.

Laporan: The Bangkok Post