“Finas sedang cari sokongan” – Hans Isaac mahu bela isu perubatan, pendidikan Puteri Balqis

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meminta pasukannya memberikan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban hidup pelakon cilik, Puteri Balqis.

Hans berkata, pihaknya kini sedang menyediakan dokumentasi lengkap bagi menyalurkan bantuan terutamanya pendidikan dan kesihatan.

“Selepas ramai tag saya di media sosial, saya meminta pasukan Finas untuk melihat masalah yang dihadapi oleh Puteri Balqis. Saya gembira untuk mengatakan bahawa pada masa ini kami sedang mencari sokongan sewajarnya.

Hans maklumkan Finas akan meneliti bantuan sesuai untuk Puteri Balqis.

 

“Sebagai agensi, kita memerlukan kelulusan dengan dokumentasi yang betul sebelum memberi sebarang sokongan kepada mana-mana individu. Sebarang sokongan kewangan akan dibayar terus kepada pihak ketiga untuk pendidikan atau bil perubatan,” katanya.

Hans memaklumkan mengenai tindakan susulan yang bakal diambil oleh Finas itu menerusi Instagram pada Rabu.

 

Pada Ahad lalu, kisah kesempitan hidup Puteri Balqis mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi rancangan Bersamamu di TV3.

Menerusi program itu, Puteri Balqis yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan.

Sementara itu, Hans berkata dia menghubungi stesen penyiar TV3 dan Astro dalam mencari solusi terbaik membantu meringankan beban pelakon drama Akulah Balqis itu.

“Saya bercakap dengan Astro dan Media Prima untuk menyokong adik Balqis dan ada sumber memberitahu baki buku puisi nukilan Balqis iaitu 38 Poems by Puteri Balqis habis dijual.

Kisah hidup Puteri Balqis menarik perhatian masyarakat.

“Mereka bercadang untuk mencetak 250 lagi buku untuk memenuhi permintaan semasa dan ibunya juga bercadang menghantar Balqis mengambil peperiksaan dan masuk kelas bahasa Inggeris serta mempertimbangkan untuk menghantar Balqis ke sekolah awam berdekatan,” kata sumber.

Selepas kisahnya itu tular, beberapa jabatan kerajaan seperti Pusat Zakat Selangor turut menyatakan sokongan dan akan memberikan bantuan sewajarnya.

“Setelah kami menyiarkan berita tentang Balqis, banyak pihak menyatakan sokongan untuk membantu termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

“Pusat Zakat Selangor turut menyatakan minat mengambil Balqis sebagai penceramah motivasi untuk program kanak-kanak dan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan Media Prima untuk membantu Balqis menjual buku dengan saluran yang betul,” tambah sumber itu seperti yang dimaklumkan Hans.

 

Most Popular

Doktor didakwa ‘copek’ organ mangsa kemalangan maut, jual dalam pasaran gelap

ENAM orang individu dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga...

“Tenang is good” – Janda hadir perkahwinan baharu ‘ex-shuben’ selepas sebulan diceraikan

SEORANG wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut, lapor Kosmo!

Budak 8 tahun retak paha kiri selepas terjatuh dari jejambat setinggi 15 meter

SEORANG kanak-kanak perempuan retak paha kiri selepas terjatuh dari jejambat di Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE ) menghala ke Jalan...

Jennie Blackpink trending di Twitter – “Tolong jangan ganggu ruang ‘personal’ saya”

SALAH seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie trending di laman Twitter sejak beberapa jam lalu.Namanya yang trending turut disertakan dengan tanda pagar Respect Jennie.Semuanya...