Ratu Elizabeth restu… Putera Harry, Meghan akan lalui tempoh peralihan antara Kanada dan Britain

RATU Elizabeth telah membuat kenyataan mengenai masa depan Putera Harry dan isterinya, Meghan susulan pertemuan mereka di Sandringham, bagi membincangkan krisis yang berlaku, Isnin.

Menurut baginda perbincangan berhubung masa depan Duke dan Duchess of Sussex yang diadakan adalah ‘sangat membina’  dan dipersetujui bahawa anggota diraja paling kanan itu akan melalui tempoh peralihan yang mana Harry dan isteri akan menghabiskan masa di Kanada dan Britain.

“Keluarga diraja menghormati dan memahami hasrat mereka untuk menjalani kehidupan baharu,” kata baginda.

Harry dan Meghan memutuskan untuk berpindah ke Amerika Utara bagi menjalani kehidupan baharu bersama anak mereka, Archie.

Perbincangan itu adalah satu perkara yang rumit untuk diselesaikan keluarganya tetapi ketua negara mahukan keputusan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

“Walaupun kami lebih suka mereka sepenuh masa dengan keluarga diraja dan menjalankan tugas-tugas rasmi, kami menghormati dan memahami kehendak mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih bebas sebagai sebuah keluarga dan dalam masa yang sama kekal menjadi sebahagian dalam keluarga beta,” katanya.

Kenyataan dibuat selepas Putera Harry duduk bersama Ratu, abangnya, Putera William dan bapanya, Putera Charles pada Isnin berhubung masa depannya dengan Meghan dan Archie. –Metro UK

 

Most Popular

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...