‘Kisah Manusia Berkahwin Dengan Syaitan’

Tidak dinafikan filem-filem bergenre seram komedi merupakan antara yang selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton.

Dengan sambutan yang diterima, ternyata ia menjadi satu tarikan buat penerbit untuk menghasilkan genre filem sebegini.

Syarikat produksi DA MOTION MEDIA turut tidak ketinggalan dengan menghasilkan sebuah filem seram komedi berjudul JODOH SYAITAN yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 5 MAC 2020.

Diarahkan oleh Ismail Bob Hasim, filem tersebut turut menampilkan Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Hj Yusoff dan Fauziah Nawi.

Pengarahnya, Ismail Bob berkata, idea untuk menghasilkan filem ini adalah cetusan idea penerbit sendiri iaitu Allahyarham Dato Mokharul Shamsul Mokhtar.

Ujarnya, ketika ditawarkan untuk mengarahkan filem berkenaan sewaktu pertemuan kali pertama, dia menolak pelawaan arwah kerana mahu fokus kepada kerja-kerja yang lain.

“Apabila kami berjumpa lagi dan arwah memujuk saya. Kemudian saya letakkan syarat bahawa saya tidak menjanjikan sebarang keuntungan atau pulang modal untuk menghasilkan filem ini dan arwah bersetuju.

“Kemudian ketika saya tanya filem apa yang ingin dihasilkan, arwah memberitahu dia mahu menghasilkan filem seram komedi memandangkan ia antara genre yang cukup digemari penonton,” ujarnya yang sudah mengarahkan 17 buah filem setakat ini.

Bagi pemilihan pelakon pula, dia merasakan pemilihan Soffi Jikan dan Aprena Manrose sebagai watak utama memang sesuai dengan karakter yang dibawakannya itu.

Manakala pemilihan arwah Abam Bocey pula, Ismail Bob menjelaskan mereka selalu bekerjasama dalam program televisyen yang dihasilkan dan sudah tiba masanya untuk mereka sama-sama terbabit dalam filem.

“Mengenai cabaran pula, kami tidak berhadapan sebarang kesulitan yang besar, melainkan faktor cuaca yang tidak menentu sepanjang penggambaran di Kelantan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan penggambaran dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pelakon utamanya iaitu Aprena Manrose pula berkata dalam filem ini dia membawakan watak seorang gadis misteri bernama Mawar.

 

Ujar Aprena, pembabitannya dalam filem tersebut ternyata memberi kelainan buat dirinya berbanding lakonannya sebelum ini.

 

“Saya gembira apabila diberi peranan watak seorang pontianak memandangkan belum pernah melakonkan watak sebegini.

 

“Tidak dinafikan ia memberikan cabaran tersendiri memandangkan saya sendiri seorang yang penakut. Jadi, saya kena betul-betul jadi berani untuk menjayakan watak yang diberikan ini,” ujarnya.

 

Menurut Aprena, pada awalnya dia memang teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem ini, tetapi dia mula hilang keyakinan kerana bimbang tidak mampu menjayakannya.

 

“Alhamdullah, penerbi sendiri iaitu arwah abang Assey banyak berikan keyakinan. Tanpa arwah, mungkin saya tidak akan terbabit dalam filem Jodoh Syaitan.

 

“Lagipun saya tidak perlu menjalani casting untuk filem ini dan semuanya telah dipermudahkan. Saya anggap ia satu rezeki yang tidak dijangka sebagai pelakon baharu,” ujarnya. 

 

 

 

SINOPSIS

 

Filem JODOH SYAITAN mengisahkan tentang Megat, seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan diminta ibunya, Mak Timah untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar.

 

Pada masa sama, Tok Salleh bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Salleh bagi memenuhi hawa nafsunya.

 

Apakah yang akan terjadi seterusnya, jangan lupa saksikan filem Jodoh Syaitan di pawagam seluruh negara pada 5 MAC 2020.

 

 

 

 

 

 

 

 

BARISAN PELAKON

Soffi Jikan                                   – Megat                              

Aprena Manrose                         – Mawar                  

Abam Bocey                               – Kulop                              

Jay Iswazir                                  – Awang       

Kamarool Hj Yusof                                – Tok Salleh            

Fauziah Nawi                              – Mak Timah           

 

PELAKON PEMBANTU

Intan Hazatulnisa Idrus              – Leha

Siti Sarah Daud                           – Isteri Tok Salleh

Mazlina Abdul Majid                   – Isteri Kulop

Nik Suratul Suriana                    – Mayat Hantu Minyak Dagu

Mohamad Fathullah Aris            – Pontianak

Nadia Farida                                – Teman Wanita Megat

Mahussin Dollah                         – Pelanggan Warung

Nor Aisham Izudi Aziz                – Pelanggan Warung

Muhammad Fitril Hadi                – Pelanggan Warung

 

PENAMPILAN ISTIMEWA

Ustaz Dato’ Sharhan Shafie          – Tok Imam

Dato Mokharul Shamsul Mokhtar – Wahid

 

 

KARYAWAN

Terbitan                                       – Da Motion Media Sdn. Bhd.

Penerbit                                       – Allahyarham Dato Mokharul Shamsul Mokhtar

– Datin Norliza Samion

– Prof Dato Dr Azman Ching

Pengarah                                     – Ismail Bob Hasim

Penolong Pengarah                   – Azaromi Ghozali

– Epy Kodiang

Jurukamera                                – Ang Yee Khee

Pengurus Produksi                    – Syed Muhamad Izzudin Syed Akil

Pengarah Seni                            – Muhammad Tarmizi Ramli

Skrip                                            – Epy Kodiang

Jurusolek                                    – Nor Syakila Onn