Anggota Koperal & Isterinya Maut Motorsikal Y15 Rempuh Lori

Al-Fatihah buat arwah Koperal Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan isterinya

Anak pasangan ini merasa sebak pilu bila dapat tahu berita ayahnya Koperal dan ibunya maut apabila motorsikal Y15 rempuh lori, melihat dari wajah anak tunggal pasangan ini yang dibawah jagaan pengasuh setelah papa dan mama nya meninggal dunia bila motosikal Y15ZR ditunggang merempuh belakang sebuah lori di Jalan Syed Putra, semalam.

Muhammad Shakiran Shamsuddin, 30, anggota di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pasangan itu dalam perjalanan dari arah Petaling Jaya menuju pusat bandar ketika kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila motosikal yang ditunggang Lans Koperal Shakiran merempuh bahagian belakang kiri sebuah lori diperjalanan menghantar isterinya kerja.

Motosikal mangsa berada di lorong paling kiri dan ketika ingin beralih ke lorong tengah, motosikal terbabit melanggar kiri belakang lori yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas, katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zulkefly berkata, anggota polis terbabit mengalami kecederaan teruk di perut dan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi, manakala jenazah isterinya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebak melihat anak kecil ini dibawa pengasuh ke Hospital sebaik dimaklum kan yang pasangan suami isteri ini terlibat kemalangan dan disahkan meninggal dunia.

Dia yang tidak mengerti apa apa yang berlaku kepada mama dan papa nya kelihatan tenang namun semua yang melihat nya kesedihan mengenangkan nasib dirinya menjadi yatim piatu sekelip mata.

Mangsa berasal dari Bachok Kelantan hanya mempunyai seorang anak mengikut sumber Facebook selepas menunggu hampir 3 tahun untuk mendapatkan zuriat pasangan ini selepas berkahwin semoga roh pasangan ini tenang disana dan seluruh keluarga nya tabah tiada lagi papa dan mama buat si comel ini bagaimanalah perasaan nya sebaik dia tahu yang papa dan mama sudah pergi buat selamanya dijemput Ilahi .

Al fatihah.