Fesyen rambut Jisoo BLACKPINK jadi kegilaan, peminat serbu salun nak buat gaya sama

JIKA dibicarakan tentang gaya selebriti K-Pop, tidak dinafikan mereka sentiasa berjaya mempengaruhi peminat dengan citarasa fesyen yang dibawa.

Salah seorang antara yang kerap mendapat tumpuan ialah ahli-ahli kumpulan sensasi BLACKPINK. Sejak kemunculan mereka, keterujaan mereka kepada fesyen yang dibawa sentiasa memukau peminat mahupun pemerhati fesyen.

Terbaharu, salah seorang ahli BLACKPINK iaitu Jisso membuat peminat ‘cair’ dengan gaya rambut terbaharunya.

Jisoo yang baru-baru ini muncul sebagai pelakon dalam drama bersiri Snowdrop yang mengenakan gaya ala 80-an mencuri pandangan ramai.

Dia yang membawa watak Eun Young Ro tampil dengan dandanan ‘ala ombak’ itu membuat ramai wanita mendambakan fesyen rambut sama.

Menerusi laporan Koreaboo, sebuah salun rambut mendedahkan ramai pelanggan mereka meminta untuk menerima potongan serupa yang digayakan Jisoo dalam drama tersebut.

Pihak salun terbabit juga menjelaskan fesyen berkenaan mudah untuk dihasilkan dan bersesuaian dengan pelbagai bentuk wajah.

Sumber: Koreaboo