AKTOR terkenal Indonesia, Randy Pangalila mendedahkan dirinya positif virus Covid-19.
Lebih merisaukan, Randy, 31, menjelaskan dia menghidapi varian Omicron.
Dia yang terlantar di katik hospital sejak Rabu, berkongsi khabar duka itu melalui posting di Instastory laman Instagram miliknya.
“Yah, kebahagiaan juga berjumpa denganmu Omicron,” tulisnya
Sementara itu, isterinya Chelsey Frank turut berkongsi dapat berinteraksi dengan Randy melalui panggilan video bersama anaknya.
“Cepat sembut papa,” tulis Chelsey.
Untuk rekod, Randy bukan artis Indonesia pertama yang dijangkiti Covid-19 pada awal 2022.
Pelakon dan pelawak Joshua Suherman dan isterinya, Clairine Clay turut mengumumkan mereka dijangkiti virus sama.
Selain itu, pelakon Naysilla Mirdad juga memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19.
“Setelah memasuki tahun ketiga pandemik, akhirnya aku rasa juga yang namanya Covid-19,” kata Naysilla yang tidak mengalami gejala sebelum disahkan positif.
Pelakon sinetron Liontin itu mengakui adakalanya tidak mematuhi protokol kesihatan yang ketat seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.
“Jujur sebelum ini memang sempat longgar menjalani prokes (protokol kesihatan). Apalagi, dengar kalau Omicron ini weaker dan simptomnya lebih mild berbanding varian lain,” katanya.
Sumber: Astro AWANI