Fazura tidak mahu publisiti jika sudah berhijrah, peminat doakan yang terbaik!

SELEBRITI terkenal, Fazura sememangnya terkenal dengan kecantikan yang dimilikinya sehingga gelaran “gadis Melayu” itu seakan kena dengan personaliti dan wajahnya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu kerap mengenakan selendang ketika sepanjang bulan Ramadan itu dilihat sebagai inisiatif mahu menghormati bulan mulia selain cuba mendekatkan diri dengan pematuhan syariah.

Selain itu, dia juga mengenakan hijab dalam setiap perkongsiannya di Instagram dan ini membuatkan ramai pihak yang tertanya adakah dia sudah berhijrah.

Seperti yang diketahui, Fazura sentiasa meraih pujian kerana jarang sekali melihat dirinya mengenakan pakaian yang mencolok mata dan masih mampu tampil bergaya.

Terbaru, pelakon cantik itu memuat naik sebuah video Instastory dan ramai yang memuji kerana beliau kelihatan manis dan kemas menyarungkan tudung, terpancar keikhlasan di wajahnya mungkin dengan niat mahu menutup aurat.

Ramai peminat yang menyambut baik penampilan yang digayakan Fazura dan ada juga yang mendoakan semoga dirinya berhijab sepenuhnya.

Menurut sumber laporan berita sebelum ini, Fazura pernah menjelaskan bahawa soal bila dia akan bertudung itu adalah terlalu peribadi, namun sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai penghijrahannya.

Sehubungan itu, Fazura menyifatkan bahawa penghijrahannya adalah terlalu privasi dan personal, dirinya bakal tampil berbuat apa sahaja tanpa sebarang pengumuman publisiti yang mampu meraih kontroversi dan mengganggu matlamat asalnya untuk berhijab.

Wah! Memang bagus betul! Apa pun jika benar Fazura sudah berhijrah semoga kekal istiqamah.

Sumber: Hotfm