BTS Meal diserang abang “rider” Gojek! polis minta penjelasan pengurus McDonald’s

TIDAK dinafikan, selepas pengumuman McDonald’s BTS Meal, ramai penggemar BTS, ARMY yang tidak sabar menanti bagi mendapatkan set makanan tersebut.

Di Malaysia, BTS Meal sudah mula dijual sejak 26 Mei lalu dan mendapat sambutan yang meriah sehingga ada projek kebajikan yang dilakukan oleh ARMY dengan memberikan set BTS Meal istimewa untuk pekerja barisan hadapan.

Lain pula suasana di McDonald’s Indonesia, BTS Meal baru sahaja mula dijual pada 9 Jun dan mendapat permintaan tinggi sehingga ada cawangan yang disoal siasat oleh pihak polis.

Hal ini terjadi berikutan segerombolan penghantar makanan membanjiri setiap cawangan McDonald’s sehingga pihak pengurusan restoran terpaksa memberikan penjelasan kepada pihak polis.

Menurut sumber, ada beberapa cawangan yang terpaksa ditutup dan ditangguhkan, aplikasi pesanan makanan diatas talian juga disekat sehingga keadaan beransur pulih dan mengikut SOP.

Sementara itu, di media sosial pula tular beberapa video yang memaparkan beberapa penghantar makanan gembira dan teruja dengan sokongan ARMY terhadap BTS Meal.

Selain itu, bagi ARMY yang membuat pesanan di atas talian, ada di antara mereka sudah menyiapkan makanan dan minuman bagi menghargai jasa penghantar makanan yang sanggup menunggu BTS Meal dalam tempoh agak lama disebabkan permintaan tinggi di negara itu.

Walau apa pun, hal ini memang luar biasa! Akan tetapi,di harap semua mematuhi SOP dan sentiasa amalkan penjarakan sosial agar kita dapat kurangkan penularan kes Covid 19!