“Duit Gaji I Lah” – Netizen Persoal Macam Mana Fatiya Latiff Pergi Jepun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Di saat pelbagai kontroversi melanda, Fatiya Latiff telah terbang ke Jepun untuk bercuti baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi siaran langsung Fatiya di Instagram seseorang telah bertanyakan kepadanya adakah pelakon itu ke Jepun menggunakan duit simpanan.

“Pergi Jepun kiranya pakai duit simpanan la ya?,” soal individu tersebut.

Fatiya terus menafikan dan menyatakan bahawa dirinya ke sana menggunakan duit gajinya hasil perniagaan yang dijalankan.

“Duit gaji I lah!

“I kan buat bisnes jual baju, jual sabun, jual perfume. Korang ingat perfume I tak laku ke?

“Berlambak-lambak orang menangis-nangis nak perfume I lagi,” ujarnya.

Menerusi siaran langsung di Instagram juga Fatiya mendakwa suami kepada Heleza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman merupakan seorang scammer. Fatiya mendakwa bahawa syarikat yang dimiliki Mahadi gagal untuk menyiapkan kediaman yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Malah, Fatiya juha mendakwa terpaksa membayar RM 2000 sebulan walaupun rumahnya masih belum siap.